Cari @ Amanz

Realme Perkenal Maskot Rasmi – Realmeow

Link Copied!

Teka-teki akhirnya terjawab apabila Realme hari ini buat pertama kalinya memperkenalkan maskot rasmi mereka selepas hampir beberapa tahun menceburi industri pembuatan dan penjualan peranti pintar. Dikenali sebagai Realmeow, ia sekaligus dilihat menjadi ahli keluarga baru mereka.

Difahamkan, Realme bekerjasama dengan pengarah animasi terkenal iaitu Mark A. Walsh untuk penghasilan maskot ini. Seperti yang dapat dilihat, maskot tersebut adalah seekor kucing comel bewarna kuning yang lengkap dengan cermin mata laser di matanya. Seterusnya, Realmeow dikatakan berusia 18 tahun dan mempunyai 6 kuasa yang tersendiri. Ia termasuklah keupayaan untuk mengubah sebarang objek menggunakan cermin mata lasernya.

Pengenalan maskot Realmeow ini boleh dianggap sebagai salah satu bentuk strategi pemasaran untuk jenama ini mempromosikan produk mereka dengan lebih baik. Selain, boleh dikatakan lebih dekat dengan pengguna. Sama seperti sejumlah jenama lain seperti Vivo dan Oppo yang sedia hadir dengan maskot mereka sendiri sebelum ini.


Komen ()