Samsung Mengesahkan Sokongan Popular Galaxy Note Bakal Diperluaskan Ke Siri Galaxy Yang Lain

Diterbitkan pada Dis 15, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Presiden Samsung Electronics, TM Roh hari ini telah berkongsi pelbagai perkembangan syarikat gergasi berkenaan pada tahun 2020 ini, dan turut menyentuh secara ringkas berkaitan perkembangan yang bakal hadir pada 2021 kelak.

Menurut TM Roh, Samsung akan menawarkan ciri-ciri menarik dari Galaxy Note ke peranti lain dibawah siri mereka. Ini sekaligus mengesahkan desas-desus yang mana S-Pen bakal diperluaskan ke peranti siri Samsung Galaxy lain, dan berkemungkinan siri Galaxy Note ditamatkan pada 2021 kelak.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Galaxy S21 akan menyokong sokongan input S-Pen, selain mana siri Galaxy Fold juga dijangka menambahnya.

Perkongsian terbaru ini, hadir seperti mengesahkan perkara ini – apatah lagi dengan sebulan lagi sebelum Samsung memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka dibawah siri Galaxy S.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami