Samsung Bakal Menawarkan Telefon Boleh-Lipat Pada Harga Lebih Mesra Pengguna

Samsung Bakal Menawarkan Telefon Boleh-Lipat Pada Harga Lebih Mesra Pengguna

Diterbitkan pada Dis 15, 2020 oleh .

Disamping mengesahkan bakal membawa ciri popular Galaxy Note ke siri peranti lain, Samsung turut mengatakan mereka akan menawarkan peranti boleh-lipat pada harga yang lebih mesra pengguna.

Pada hari ini, peranti boleh-lipat daripada Samsung ditawarkan pada harga mencapai RM8,000 – sekaligus membuatkan tidak semua dapat menikmati teknologi terbaru berkenaan.

Perkongsian rasmi Samsung ini selari dengan desas-desus mengatakan Samsung akan memperkenalkan siri “Lite” untuk keluarga Galaxy Z Fold. Ini akan membolehkan penawaran pada harga lebih rendah sedikit, dan diakses oleh lebih ramai pengguna.


Disamping itu, terdapat laporan mengatakan Galaxy Note akan ditamatkan, dan lebih fokus akan diberikan terhadap peranti boleh-lipat. Sekiranya benar, semestinya Samsung perlu mencari kaedah dalam mengurangkan harga jualan telefon pintar boleh-lipat supaya ia boleh diakses ramai – dan Samsung sendiri menerajui dan memegang pasaran dalam arena telefon boleh-lipat.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tahun 2021 kelak untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh Samsung ini.



Paling Popular