Carian
Rusuhan Kilang Wistron India Menyebabkan Kerugian RM240 Juta – Ribuan iPhone Dicuri
December 16, 2020 Effi Saharudin

Sabtu lalu berlaku rusuhan di kilang Wistron yang terletak di India. Rusuhan berlaku kerana terdapat kakitangan yang didakwa tidak dibayar sejak empat bulan lalu. Akibat rusuhan tersebut, Times of India melaporkan kerugian mencecah Rs 437-crore (~RM 240 juta) .

Kerugian adalah dalam bentuk kerosakan pada mesin menghasilkan peranti, pada bangunan dan ribuan iPhone telah dicuri. Rusuhan ini mendatangkan impak kepada penghasilan iPhone di India sehingga Winstron disiasat oleh Apple.

Menurut media India, Wistron menggunakan khidmat enam syarikat untuk mendapatkan tenaga kerja kontrak mereka di India. Akibat perselisihan faham antara Winstron dan syarikat kontraktor ini menyebabkan bayaran pekerja tertunggak.

Komen