Google Photos ialah aplikasi yang amat popular di kalangan pengguna Android kerana mempunyai banyak ciri tambahan menggunakan kecerdasan buatan serta sokongan storan awanan percuma (sehingga Jun 2021). Bermula minggu ini ciri terbaru Cinematic Photo akan diperkenalkan kepada semua.
Cinematic Photo akan menghasilkan animasi berdimensi dari imej pegun yang telah dimuat naik. Kecerdasan buatan menghasilkan animasi ini dengan mengambil kiri maklumat 3D yang tersimpan di dalam data meta gambar. Hasilnya ialah animasi pendek yang membezakan imej latar, imej tengah dan imej hadapan dihasilkan secara automatik.
Selain itu, Photos turut telah dikemaskini dengan beberapa templat baru untuk penghasilan imej kolaj dan tema baru untuk ciri Memories. Kesemua ciri-ciri ini akan diberikan kepada pengguna Photos secara berperingkat dalam masa beberapa minggu lagi.