Facebook Membangunkan TLDR – Kecerdasan Buatan Yang Meringkaskan Artikel-Artikel Panjang

Diterbitkan pada Dis 16, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kami menyedari Generasi Z tidak gemar membaca artikel panjang. Antara sebab yang diberikan ialah kurangnya masa lapang dan membaca pada peranti memerlukan tatalan yang panjang. Bagi mereka yang malas membaca artikel panjang, Facebook akan menyelesaikan isu dengan kecerdasan buatan yang diberi nama TLDR.

Facebook Instant Articles

TLDR akan membaca artikel-artikel panjang sebelum meringkaskannya ke dalam bentuk pendek yang lebih mudah difahami. Di atas kertas ini ialah idea yang mengurangkan masa pembacaan seseorang pengguna tetapi realitinya ia mungkin membawa impak yang sebaliknya kerana ringkasan tidak selalunya memberikan maklumat yang penuh terutamanya apabila membaca artikel sains misalnya.

Selain TLDR, Facebook turut membangunkan rangkaian neural yang diberi nama Horizon yang mengalih bahasa audio secara masa nyata. Ia ingin digunakan di dalam dunia maya bagi membolehkan insan yang tidak berkongsi bahasa yang sama untuk berbicara tanpa sebarang halangan. Ia mirip teknologi Babel Fish dari fiksyen sains The Hitchhiker’s Guide To The Galaxy

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami