Cari @ Amanz

Walaupun kedua-dua syarikat ini boleh dikatakan pesaing di arena teknologi, kerjasama diantara Apple dan Microsoft bukanlah sesuatu yang baru.

Microsoft hari ini mengumumkan bahawa mereka telahpun mengemaskini perisian produktiviti mereka, Office 365 sebagai sebuah Universal App yang membolehkannya digunakan pada komputer riba MacBook yang dikuasakan cip pemprosesan M1 dan juga Intel dengan prestasi yang lebih baik.

Sebelum ini, perisian Office 365 boleh digerakkan pada komputer riba MacBook M1 menggunakan perisian terjemahan perisian Rosetta II tanpa sebarang masalah, tetapi pihak Microsoft telahpun mengatakan bahawa mereka telah mula untuk membangunkan perisian tersebut sebagai sebuah Universal App.

Ini bermakna bahawa dengan satu fail pemasangan, Office 365 boleh dipasang pada kedua-dua komputer riba MacBook versi M1 dan Intel tanpa masalah. Kemaskini ini juga termasuklah untuk perisian emel Outlook.

Menurut Microsoft, kemaskini ini sudahpun tiba untuk pengguna-pengguna komputer riba MacBook baru dan lama hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd