Microsoft Surface Duo adalah inovasi terbaru dari Microsoft. Ia juga adalah telefon pintar pertama dari Microsoft di bawah jenama Surface selepas bertahun lamanya meninggalkan dunia telefon pintar (Lumia). Ia adalah sebuah peranti boleh-lipat yang mana menggunakan dua skrin dari dua panel dan bukan skrin yang boleh lipat seperti yang digunakan Samsung.
Peranti ini adalah peranti yang memfokuskan produktiviti, yang mana pengguna boleh membuat pelbagai multi-tugasan, sambil kelihatan memegang sebuah peranti premium, ada kelas dan kelihatan lain daripada yang lain. Sejak dilancarkan pada bulan Ogos lepas, Surface Duo hanya terhad di Amerika Syarikat sahaja. Meluaskan lagi pasaran peranti baharu Microsoft ini adalah, pada awal 2021 – peranti ini akan mula ditawarkan di Kanada, United Kingdom, Perancis dan Jerman.
Harga jualan peranti ini agak mengecewakan. Bukan itu sahaja, kamera dan prestasi juga dilaporkan oleh ramai pengguna dan pengulas yang ia mempunyai masalah yang serius. Tetapi memandang fokus Microsoft adalah produtiviti, ia lebih kepada pengguna yang ingin gunakan untuk bekerja, perusahaan atau syarikat-syarikat tidak kira besar atau kecil. Pengguna individu yang sudah biasa dengan telefon pintar yang normal mugnkin tidak akan menggemari peranti ini.
Jika ia memasuki pasaran tempatan, adakah anda akan memilikinya?