Chromium OS adalah sistem operasi dengan kod binaan sumber terbuka. Ia bebas digunakan oleh orang ramai untuk membangunkan sistem operasi tersendiri berasaskan Chromium. Ia adalah sama dengan AOSP, iaitu Android. Dengan Android, kodnya bebas digunakan untuk custom ROM, sistem operasi banyak telefon pintar – begitu juga dengan Chromium OS akan ada banyak versi. Tetapi yang rasmi adalah Chrome OS.

Chrome OS hadir dengan GMS, iaitu Android terbina dengan Play Store. Chromium OS pula, tiada GMS dan adalah kosong seperti AOSP yang kosong. Tetapi, ciri dan fungsi serta antaramuka akan kelihatan sama cuma beza dari sokongan aplikasi sahaja. CloudReady OS menawarkan pengguna untuk mengubah komputer lama menjadi sebuah Chromebook yang berkuasa pada spesifikasi yang rendah. Ia hadir dengan pelan percuma dan juga yang berbayar.

Neverware telah hadir dengan CloudReady sejak 2015. Kini selepas lima tahun beroperasi, ia diambil-alih oleh Google. Walau bagaimanapun, tiada maklumat yang jelas kenapa Google memgambil-alih syarikat ini dan apakah yang akan Google tawarkan dan/atau Neverware tawarkan kepada pengguna sedia ada. Adakah CloudReady OS akan menjadi Custom ROM ChromeOS pertama menyokong GMS? Ia masih tidak jelas.
Saya pernah menggunakan CloudReady sebagai sistem operasi harian. Ia menarik, tetapi berbanding dengan Chrome OS – penggunaannya adalah sangat terhad dan bosan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan untuk ketahui apakah perancangan Google dengan Neverware.