YouTube Akan Hadir Dengan Akses Pintas Kepada “Shorts” Agar Lebih Ramai Pengguna Menonton Video Pendek

YouTube Akan Hadir Dengan Akses Pintas Kepada “Shorts” Agar Lebih Ramai Pengguna Menonton Video Pendek

Diterbitkan pada Dis 16, 2020 oleh .

Shorts adalah pesaing kepada TikTok yang diperkenalkan oleh Google melalui aplikasi YouTube. Seperti TikTok, ia adalah untuk pengguna memuat naik video pendek dan menontonnya secara menegak. Tetapi, popularitinya mungkin tidak dapat menandingi TikTok.

Oleh yang demikian, Google akan melakukan ujian A/B untuk memastikan pengguna kerap menonton video Shorts dan/atau turut memuat naik video Shorts tersendiri. Google akan memaparkan ikon Shorts di bar bawah aplikasi YouTube, menggantikan butang Explore. Ada juga pengguna akan melihat ikon Chromecast akan hilang dan digantikan dengan ikon Shorts. Perubahan antaramuka ini adalah terhad kepada pengguna yang terpilih sahaja.

Jika ikon Explore telah hilang, ia mungkin akan berada di tempat asal Chromecast. Butang Chromecast tidak lagi perlu dipaparkan, kerana ia adalah fungsi yang sudah ramai kenal. Shorts walau bagaimanapun, masih tidak ramai tahu mengenainya dan penggunaannya tidak begitu meluas. Jadi masuk akal jika ikon Chromecast yang sudah ramai kenal digantikan dengan ikon yang akan menggalakkan orang ramai mencuba fungsi baru.


Paling Popular