TSMC Tidak Lagi Menawarkan Diskaun Untuk Cip Pemprosesan Yang Dikilangkan Mereka
Nazrin
Untuk syarikat-syarikat yang memerlukan perkhidmatan TSMC untuk mengilangkan cip-cip pemprosesan mereka seperti Apple, AMD, NVIDIA dan Qualcomm, nampaknya diskaun pengilangan besar-besaran akan berakhir tidak lama lagi.
Menurut laporan Tom’s Hardware, TSMC dilaporkan telah menamatkan tawaran diskaun untuk pengilangan cip-cip pemprosesan terbaru yang menggunakan proses 7nm dan 5nm mereka kerana permintaan yang tinggi.
TSMC boleh meningkatkan harga pengeluaran cip pemprosesan kerana mereka merupakan satu-satunya syarikat yang boleh membangunkan cip pemprosesan “System on a Chip” ini khususnya untuk digunakan didalam peranti-peranti elektronik yang dikeluarkan hari ini.
Kebolehan mereka untuk mengilangkan cip-cip pemprosesan menggunakan proses 5nm dan 7nm pada skala yang besar sangatlah diperlukan oleh jenama-jenama elektronik terkemuka hari ini untuk memastikan mereka kekal kompetitif diantara satu sama lain.
Ia dilaporkan bahawa diskaun pengilangan besar-besaran untuk cip-cip pemprosesan ini jatuh sebanyak tiga peratus. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi jika peningkatan harga pengilangan cip-cip ini akan memberi kesan kepada harga peranti di masa akan datang,
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.