Xiaomi eBook Reader Pro Dilancarkan – Buku Digital Dengan Skrin E-Ink Yang Lebih Besar

Xiaomi eBook Reader Pro Dilancarkan – Buku Digital Dengan Skrin E-Ink Yang Lebih Besar

Diterbitkan pada Dis 16, 2020 oleh .

Xiaomi ada banyak produk, ada di antara produk mereka yang anda tidak akan sangka yang Xiaomi turut mempunyai versi mereka yang tersendiri. Kebanyakan produk-produk hebat Xiaomi terhad di China sahaja, kerana ekosistem di sana yang lebih meluas dan sokongan Xiao AI yang lebih ramai pengguna di China.

Terkini, Xiaomi hadir dengan sebuah lagi buku digital dengan paparan E-Ink – Xiaomi eBook Reader Pro. Kali ini, skrin yang digunakan bersaiz 7.8-inci dan keseluruhan peranti adalah sekitar saiz kerta A5. Berat hanya 251 gram dengan ketebalan 7mm. Resolusi skrin adalah 1872 x 1404 dengan 300 PPI, 24 aras cahaya tetapan skrin dari kebiru-biruan sehingga kekuning-kuningan. Pengguna mempunyai banyak kaedah untuk mengimport buku-buku digital seperti pemindahan melalui WiFi atau perkhidmatan Baidu Netdisk.

Buku digital ini dikuasakan dengan cip empat-teras yang mempunyai kawalan EPDC untuk tatalan muka surat yang lebih lancar. Setiap kandungan di dalam buku digital ini boleh dicari dengan sentuhan skrin atau juga dengan kawalan suara. Berbeza dengan bayak jenama luar yang sudah menggunakan skrin berwarna, Xiaomi masih menggunakan skrin hitam putih. Dengan penggunaan skrin ini, bateri boleh bertahan selama 70 hari dengan satu pengecasan.

Harga jualan adalah RMB1,299 iaitu sekitar RM805 dan terhad di China sahaja. Tidak pasti jika diimport ke pasaran tempatan, buku-buku digital Google atau Amazon boleh diselarikan atau pun tidak. Bagi yang gemar membaca buku digital, ini adalah gajet menarik untuk diri anda.


Paling Popular