Proses pemvaksinan Covid-19 telah dimulakan di United Kingdom minggu lalu yang akan memulakan langkah untuk membuka semula dunia yang lumpuh akibat pandemik. Beberapa negara maju telah mengumumkan rancangan mereka untuk mempercepatkan proses memvaksinkan rakyat. Itali tidak ketinggalan dan mereka memperlihatkan rekaan hospital sementara mereka yang mesra alam.

Hospital sementara ini direka oleh firma Stefano Boeri Architetti yang mengambil inspirasi dari bunga Primrose. Bunga ini adalah yang terawal muncul ketika musim bunga menandakan bermulanya tahun baru. Struktur hospital diperbuat daripada kayu dan fabrik kalis air yang boleh dikitar semula. Dengan rekaan modul ia mudah dihasilkan dalam skala besar dan mudah alih untuk dipasang pada bandar-bandar utama Itali.

Konsep lestari dilengkapkan dengan panel solar pada bahagian atap untuk membekalkan kuasa elektrik dan panel atap lutcahaya untuk membolehkan cahaya matahari menerangi ruang dalaman tanpa lampu. Penmbinaan hospital sementara ini akan siap menjelang Januari 2021. Itali ialah negara yang terjejas teruk akibat Covid-19 sehingga menjadi pusat penyebaran wabak terbesar di Eropah.
Di awal pandemik, Itali juga menjadi negara terawal menggunakan konsep hospital segera bagi menyelesaikan masalah kekurangan ruang rawatan di hospital. Hospital CURA Connected Units for Respiratory Ailment (CURA) yang dibina menggunakan kontena hanya digunakan sekali kerana selepas pembinaan unit pertama siap, wabak telah berjaya dikawal di Itali