Carian
Plaza Tol LEKAS Kini Menyokong Pembayaran Melalui TNG RFID
December 16, 2020 Amy Maizuraa

Pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi ‘Radio Frequency Identification‘ (RFID) kini telah diperluaskan ke plaza tol Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS). Melalui penawaran RFID ini, ia sekaligus menjadi tambahan kepada cara pembayaran sedia ada seperti Touch n’ Go dan SmartTAG.

Bermula sekarang, mana-mana pengguna lebuh raya itu yang mempunyai pelekat RFID – boleh menggunakannya untuk urusan pembayaran tol. Dalam pada itu, pengguna juga dinasihatkan untuk sentiasa memastikan baki adalah mencukupi untuk memudahkan perjalanan. Untuk tujuan tambah-nilai pula, ia boleh dibuat secara atas talian kerana pelekat RFID turut dihubungkan ke e-dompet Touch n’ Go.

Komen