Samsung Dilaporkan Mengatakan Bakal Meneruskan Siri Galaxy Note Pada 2021

Samsung Dilaporkan Mengatakan Bakal Meneruskan Siri Galaxy Note Pada 2021

Diterbitkan pada Dis 16, 2020 oleh .

Samsung sedia mempopularkan penggunaan stylus pada telefon pintar melalui Galaxy Note. Apa pun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ia telah diperkatakan Samsung akan mematikan keluarga peranti berkenaan, dan lebih memberikan perhatian kepada siri Galaxy S dan siri telefon boleh-lipat sahaja.

Perkara ini seperti diperkukuhkan lagi, apabila presiden Samsung Electronics turut mengatakan bakal menawarkan ciri popular dari Galaxy Note ke sejumlah siri peranti yang lain.

Apa pun, kini laporan baru hadir dari Korea Selatan, memetik pihak Samsung, mengatakan Samsung akan memperkenalkan siri Galaxy Note pada tahun hadapan, 2021.

Wakil Samsung tersebut mengatakan yang mana membawa ciri Galaxy Note ke peranti keluarga lain tidak bermakna Galaxy Note akan dimatikan sepenuhnya.

Dengan perkembangan terbaru ini, adakah kita akan dapat melihat Galaxy Note diperkenalkan pada 2021 kelak, atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan siri ini untuk tahun 2021 kelak.


Paling Popular