Angkatan Tentera Malaysia Kini Mempunyai Bahagian Siber Dan Elektromagnetik Pertahanan

Diterbitkan pada Dis 16, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perbatasan perang di masa hadapan akan bermula di ruang siber dan bukannya di dunia fizikal. Seperti yang dapat dilihat sejak lima tahun kebelakangan ini, serangan siber oleh musuh boleh melumpuhkan sistem pertahanan dan mencuri data rahsia negara. Menyedari keperluan peperangan siber, Angkatan Tenteram Malaysia (ATM) kini mempunyai Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP)

Menerusi penubuhan bahagian ini, negara akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan ancaman musuh di ruangan siber. Ini tidak bermakna selama ini ATM tidak mempunyai sistem peperangan siber. Sebelum ini Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK) telahpun ditubuhkan sejak 1993 tetapi kini tugas diambil alih oleh BSEP.

Sekuriti Siber

Pembentukan BSEP adalah selari dengan sarana dari Kertas Putih Pertahanan yang diterbitkan tahun lagu bagi memastikan kesiapsiagaan ATM dengan ancaman semasa. BSEP juga menjalinkan kerjasama strategik dengan National Cyber Security (NACSA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMN) serta Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Serangan siber pada skala besar kali pertama dilaporkan pada tahun 1988 menerusi Morris Worm yang dihasilkan bagi menguji keselamatan sistem Internet yang masih setahun jagung pada waktu tersebut. Israel kemudian dipercayai dalang kepada serangan Stuxnet untuk mengagalkan program nuklear Iran. Tetapi serangan yang mungkin lebih dikenali ramai ialah WannaCry pada tahun 2017 yang dipercayai didalangi oleh Korea Utara.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami