Instagram hari ini menambah satu lagi ciri rakaman baru pada Instagram Stories, yang mana dinamakan sebagai Gerai Foto, atau “Photobooth” dalam bahasa Inggerisnya.

Melalui ciri baru ini, ia memudahkan pengguna untuk merakamkan sekitar tiga gambar, dan ia dipaparkan dalam bentuk video dengan transisi yang baik.
Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua. Bagi anda yang aktif menggunakan Instagram, sudahkah anda menerima ciri baru ini?