Carian
Facebook Sedang Membangunkan Ciri Untuk Peminat Membayar Selebriti Untuk Berinteraksi Ketika Sesi Langsung
December 16, 2020 Aman

Facebook kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah ciri baru pada perkhidmatan video – membolehkan para pengguna untuk membayar selebriti atau penerbit kandungan, sekaligus hadir berinteraksi dengan selebriti berkenaan ketika sesi siaran langsung.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini pengguna sedia boleh membuat sumbangan kepada penerbit kandungan ketika dalam sesi langsung, dan nama mereka hanya dipaparkan pada bahagian komen dengan lebih menyerlah.

Tetapi, melalui ciri baru yang dinamakan Super ini, ia akan membolehkan pengguna turut menghadirkan diri dalam siaran langsung yang sedang dilakukan oleh penerbit kandungan atau selebriti tersebut.

Langkah ini akan membolehkan penerbit kandungan dan selebriti menjana lebih pendapatan ketika melakukan siaran langsung.

Ia turut diperkatakan Facebook mungkin tidak mengambil sebarang komisyen daripada duit yang dijana melalui Super oleh seseorang penerbit kandungan berkenaan.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi sama ada Super akan diperkenalkan sebagai sebuah aplikasi berasingan, atau akan diintegrasikan terus ke dalam Facebook.

Komen