Louis Vuitton Mengemaskini Fon Telinga Horizon Mereka Dengan Rekaan Gradient Blue

Diterbitkan pada Dis 16, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada awal tahun ini, Louis Vuitton, jenama fesyen terkemuka dari Perancis telah memperkenalkan siri fon telinga mereka sendiri, yang dinamakan LV Horizon, iaitu fon telinga Master & Dynamic MW07 yang hadir dengan rekaan unik LV sendiri.

Terkini, mereka telah memperkenalkan kemaskini kepada rekaan fon telinga Horizon tersebut dengan pilihan warna Gradient Blue. LV mengambil ilham daripada langit berwarna biru yang sangat cantik.

Setiap belah fon telinga ini juga hadir dengan rekaan bunga monogram yang berbeza, dan satu lagi rekaan menarik ialah kotak pengecasan fon telinga ini mengambil ilham daripada kotak jam tangan Tambour Horizon mereka.

Dari segi teknologi pula, LV mengatakan bahawa fon telinga ini akan hadir dengan kemaskini kepada sambungan Bluetooth yang lebih baik dan mod pengalaman audio yang berbeza.

Fon telinga dengan rekaan Gradient Blue akan mula dijual di kedai-kedai Louis Vuitton bermula 15 Januari pada tahun hadapan pada harga yang sama seperti sebelum ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami