PDRM : Berhati-Hati Dengan Panggilan Telefon Meminta Nombor OTP Atau TAC

PDRM : Berhati-Hati Dengan Panggilan Telefon Meminta Nombor OTP Atau TAC

Diterbitkan pada Dis 16, 2020 oleh .

Dari hari ke hari, ramai pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan pelbagai taktik keji dalam menipu pengguna. Salah satu yang kini semakin kerap berlaku adalah permintaan nombor OTP atau TAC daripada pengguna lain.

Kini, PDRM sendiri telah mengeluarkan peringatan supaya pengguna lebih berhati-hati dan waspada dengan panggilan telefon yang meminta nombor OTP atau TAC.

Taktik meminta nombor OTP (One Time Passcode) atau TAC (Transaction Authorisation Code) dengan alasan nombor telefon mangsa telah didaftarkan secara tidak sengaja atau tersilap dalam input adalah salah satu bentuk penipuan jenayah siber.

Setelah mendapat nombor tersebut, sindiket jenayah akan menggodam maklumat perbankan milik mangsa seterusnya melakukan transaksi pemindahan wang ke akaun tertentu.

Anda dinasihatkan agar tidak berkongsi sebarang maklumat sensitif kepada individu yang tidak dikenali.

Seperti biasa, para pengguna dinasihatkan untuk tidak berkongsi sebarang info atau SMS kepada pihak tidak dikenali.



Paling Popular