Mesin pencetak 3D adalah antara ciptaan paling menarik sejak sedekad lalu yang memudahkan proses menghasilkan prototaip, alat ganti yang tidak lagi dikeluarkan dan juga senjata. Di masa hadapan, pencetak 3D diharap akan dapat digunakan untuk menghasilkan organ gantian dan makanan menerusi cetakan-bio. Tetapi menurut kajian yang diterbitkan oleh National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH) mendapati pencetak 3D adalah toksik kepada manusia.

Pencetak 3D yang menggunakan filamen acrylonitrile butadiene styrene (ABS) didapati mengeluarkan wasap dan partikel yang mendatangkan impak negatif kepada paru-paru manusia. Semakin tinggi filamen dipanaskan untuk mencetak, semakin meningkat tahap toksiknya kepada paru-paru individu yang berada berhampiran ketika mesin beroperasi.
Oleh itu NIOSH menyarankan beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kecederaan paru-paru. Pertama sekali memastikan pengudaraan yang mencukupi, memastikan tetapan pemanasan yang betul untuk filamen, berdiri jauh dari pencetak 3D ketiak beroperasi dan memastikan filamen yang digunakan melepasi piawaian pelepasan piawaian yang rendah.