Cari @ Amanz

Jika poster tertiris sebelum ini mungkin tidak dapat memberi gambaran yang baik untuk siri Huawei Nova 8. Kini, anda boleh melihatnya dengan lebih jelas – selepas salah satu modelnya kini dikatakan telah muncul dalam imej sebenar yang dikongsi menerusi laman Weibo.

Model yang dimaksudkan adalah Huawei Nova 8 dan ia dikatakan sudah mula dipamerkan di sejumlah kedai di China. Melaluinya, Huawei Nova 8 dilihat mempunyai paparan berlubang pada bahagian tengah. Selain, turut menyokong lensa swafoto tunggal sebesar 32-Megapixel. Seterusnya, ia juga dilihat menyokong empat kamera utama dengan susunan yang sama seperti di dalam poster tertiris sebelum ini. Konfigurasi kameranya terdiri dengan lensa utama 64-Megapixel.

Kemudian, Huawei Nova 8 juga dipercayai hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.57 inci bersama rekaan jenis melengkung. Paparan ini juga dikatakan menyokong resolusi FHD+ dan kadar segar semula tinggi 90Hz. Melengkapinya juga adalah cip Kirin 985, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 3,800mAh dengan pengecasan pantas 66W.

Bagaimanapun, spesifikasi tertiris masih lagi di peringkat ura-ura. Benar atau tidak, sama – sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak. Apa pendapat anda mengenai reka bentuk siri Nova untuk kali ini? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd