Carian
Twitter Mengembalikan Semula Ciri Ciapan Semula Seperti Sediakala
December 17, 2020 Effi Saharudin

Fungsi ciapan semula (retweet) telah diubah sebelum pilihanraya presiden Amerika Syarikat pada Oktober lalu bagi mengurangkan penyebaran maklumat tidak sahih. Pagi ini ciri ciapan semula akhirnya telah dikembalikan semula seperti sediakala.

Menurut Twitter sejak pengenalan ciri ciapan semula yang memerlukan dwi-tap, ciapan semula pada platform mereka turut 20%. Tetapi pada waktu yang sama penggunaan ciapan semula dengan komen meningkat 45%. Dengan halangan ciapan semula ini, Twitter berharap pengguna kini lebih cakna untuk membaca dulu berita yang ingin dikongsi bagi memastikan kesahihan bagi mengurangkan penyebaran maklumat tidak sahih.

Komen