Zoom Boleh Digunakan Tanpa Had Masa Sempena Perayaan Akhir Tahun

Diterbitkan pada Dis 17, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Norma baharu dunia pandemik ialah menggunakan Zoom untuk melakukan perbincangan dan kelas atas talian. Tetapi bagi pengguna akaun percuma, Zoom mengenakan had panggilan selama 40 minit sahaja pada waktu ini. Tetapi sempena beberapa perayaan akhir tahun, had masa ini tidak akan dikenakan.

Pengguna akaun percuma boleh menggunakan Zoom tanpa hada di antara 17-19 Disember sempena perayaan Hannukah, 23-26 Disember sempena perayaan Krismas dan 30 Disember hingga 2 Januari sempena tahun baru dan Kwanzaa. Ciri ini boleh digunakan oleh pengguna global pada tarikh-tarikh yang disenaraikan di atas.

Walaupun tidak semua perayaan di atas disambut di Malaysia, ia boleh digunakan bagi menghubungi sanak saudara di kampung. Kerajaan masih menyarankan kita mengekalkan penjarakan sosial dan tidak pulang ke kampung bagi terus mengawal penyebaran Covid-19 memandangkan jumlah jangkitan di Malaysia kini telah memintas China.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami