Cari @ Amanz

United Kingdom telah memulakan proses vaksiansi Covid-19 minggu lalu. Petugas barisan hadapan dan warga emas adalah penerima gelombang pertama kerana mereka paling berisiko tinggi. Di Malaysia pemberian vaksin Covid-19 akan dimulakan pada tahun hadapan. Tetapi kerajaan mungkin menimbangkan ahli parlimen menjadi antara yang terawal menerimanya bagi meningkatkan keyakinan rakyat mengenai keselamatannya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan akan menimbangkan saranan yang diberikan oleh mantan menteri kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat. Walaupun vaksin telah berjaya dihasilkan, terdapat sebilangan kecil rakyat yang masih tidak percaya akan tahap keselamatannya. Saranan akan dipertimbangkan kerana ada juga sekumpulan lain yang merasakan ahli parlimen tidak seharusnya menjadi penerima vaksin terawal kerana terdapat golongan lain yang lebih memerlukan.

Di Indonesia, Presiden Jokowi telahpun menegaskan beliau akan menjadi orang pertama menerima vaksin di Indonesia atas tujuan sama untuk meningkatkan keyakinan rakyat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd