Carian
Aplikasi Pengesahan Dwi Faktor Microsoft Authenticator Kini Hadir Dengan Pengurus Kata Laluan
December 17, 2020 Fahim Zahar

Pengesahan dwi-faktor adalah penting bagi mereka yang mementingkan sekuriti. Ia adalah satu kaedah keselamatan tambahan ketika pengguna log masuk ke mana-mana laman web atau media sosial yang menyokong pengesahan dwi-faktor. Ada pengesahan melalui SMS dan ada juga melalui aplikasi. Antara aplikasi yang popular adalah Google Authenticator, Microsoft Authenticator dan banyak lagi.

Terkini, Microsoft telah mengemaskini aplikasi Microsoft Authenticator dengan menyertakan pengurus kata laluan di dalam aplikasi. Fungsi ini memerlukan pengguna log masuk dengan akaun Microsoft dan kemudian ia boleh digunakan secara rentas-platform antara telefon dan komputer. Ia juga menyokong fungsi auto-isi kata laluan. Ini adalah satu perkara menarik, kerana aplikasi ini percuma dan mana-mana pengguna iOS 12 dan Android 6 ke atas boleh memasang aplikasi ini.

Komen