Siri Huawei Nova 8 bakal menjadi pewaris baharu Huawei untuk siri berkenaan dan ia telah disahkan hadir secara rasminya pada 23 Disember 2020. Huawei bakal memperkenalkan dua model berbeza di bawah siri ini yang terdiri dengan Huawei Nova 8 dan Huawei Nova 8 Pro.
Jika sebelum Huawei Nova 8 telah diperlihatkan dalam imej sebenar. Kini, giliran Huawei Nova 8 Pro pula. Beberapa foto telah dikongsi menerusi laman Weibo dan ia memperlihatkan kedua-duanya hadir dengan rekaan yang sama pada panel belakang. Ia menampilkan sokongan kuad-kamera utama yang disusun dalam modul kamera berbentuk bujur
Namun, terdapat perbezaan dari segi rekaan pada panel hadapan. Jika Huawei Nova 8 menggunakan paparan hadapan jenis berlubang dengan sokongan lensa swafoto tunggal. Lain pula ceritanya dengan Huawei Nova 8 Pro. Ia dilihat masih menyokong panel hadapan jenis berlubang.
Tetapi, ia dilengkapi dwi-kamera swafoto. Mengikut spekulasi awal, kamera swafoto ini terdiri dengan lensa sebesar 32-Megapixel + 16-Megapixel.Seterusnya, Huawei Nova 8 Pro juga dilihat menampilkan paparan hadapan jenis melengkung.
Untuk spesifikasi, Huawei Nova 8 Pro dipercayai menggunakan skrin dengan kadar segar semula tinggi 120Hz, dijana cip Kirin 985 dan dilengkapi bateri yang menyokong pengecasan pantas 66W. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak untuk ketahui penawaran lebih lanjut. Kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya.