COMPUTEX Taipei Akan Dijalankan Secara Fizikal Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 17, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

2020 merupakan tahun dimana acara-acara teknologi terbesar di dunia semuanya terpaksa dibatalkan atau dijalankan secara digital kerana wabak COVID-19.

Terkini, TAITRA, pengelola dibelakang acara teknologi terbesar di Asia tersebut telah mengesahkan bahawa acara COMPUTEX Taipei 2021 akan dijalankan secara fizikal pada tahun hadapan.

Acara tersebut akan diadakan pada 1 hingga 4 Jun tahun hadapan, dengan pihak TAITRA memperkenalkan beberapa teknologi dan langkah-langkah baru untuk memastikan orang ramai boleh melawat acara tersebut dengan selamat.

COMPUTEX Taipei 2021 akan memperkenalkan platform Online-Merge-Offline yang menggabungkan ruang fizikal bersama-sama teknologi kecerdasan buatan yang membolehkan jenama-jenama teknologi terkemuka untuk berinteraksi dengan para pelanggan ataupun pengamal media dengan lebih cepat dan mudah.

Acara tersebut akan mengetengahkan tujuh tema, termasuklah 5G, AI & IoT, Edge Computing, High-Performance Computing (HPC), Cyber Security, Gaming, dan Innovations & Startups.

Sama seperti tahun-tahun lepas, COMPUTEX Taipei 2021 akan diadakan di Taipei Nangang Exhibition Hall dan Taipei International Convention Center pada 1 hingga 4 Jun 2021.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami