NVIDIA baru sahaja melancarkan beberapa model kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 berdasarkan cip pemprosesan grafik terbaru mereka, Ampere yang sangat berkuasa.
NVIDIA baru sahaja mengeluarkan pengumuman mengenai acara khas GeForce RTX: Game On yang akan diadakan pada 12 Januari kelak dan mereka dijangka akan memperkenalkan sebuah lagi kad grafik yang berkuasa, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti.

Ia dijangka bahawa kad grafik ini akan diletakkan diantara GeForce RTX 3080 dan Geforce RTX 3090 untuk mereka yang masih lagi sedang mencari sebuah kad grafik yang berkuasa tinggi, akibat stok kad grafik RTX lain yang masih merudum.
NVIDIA juga dijangka membuat pengumuman mengenai kad-kad grafik mereka untuk digunakan didalam komputer riba gaming tahun hadapan. Kad-kad grafik seperti RTX 3060Ti, RTX 3070 dan RTX 3080 dijangka akan diperlihatkan didalam rekaan komputer riba oleh ASUS, MSI, Gigabyte dan sebagainya pada awal tahun hadapan.