Cari @ Amanz

Kerajaan kini mengatakan akan menggunakan teknologi satelit VSAT (Very Small Aperture Terminal) untuk menawarkan perkhidmatan internet dikawasan-kawasan pedalaman, termasuk di Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak.

Ini adalah selari dengan usaha penambah-baikkan penyediaan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh negara menggunakan pelbagai teknologi. Apa pun, ia ditekankan yang mana penggunaan teknologi satelit ini tidak begitu baik untuk penggunaan jangka masa panjang.

Hal ini kerana penggunaan VSAT mempunyai beberapa kelemahan, termasuk dari segi kapasiti yang terhad, kos operasi yang tinggi, serta mmasalah kestabilan perkhidmatan sekiranya terdapat gangguan cuaca atau gangguan bekalan kuasa.

Bagaimanapun, penyelesaian ini adalah usaha kerajaan dalam menawarkan internet berkelajuan tinggi dikawasan yang tidak boleh dijangkau rangkaian gentian optik dan teknologi 4G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd