Acara esukan kini dilaporkan telah disahkan untuk menyertai acara berpingat pada Sukan Asia 2022 akan datang yang bakal diadakan di Hangzhour China.
Sukan Asia 2022 ini akan berlangsung antara 10 September sehingga 25 September 2022 kelak. Dengan penyertaan ia sebagai acara berpingat, kita akan melihat pelbagai negara di rantau Asia memberikan penekanan terhadap arena esukan ini.
Buat masa ini, permainan yang akan dipertandingkan masih tidak diketahui lagi.
Sebelum ini, pada Sukan Asia 2018 yang lepas, permainan esukan telah dipertontonkan, tetapi tidak dipertandingkan sebagai acara berpingat. Antara permainan yang dipertandingkan ketika itu adalah termasuk Arena of Valor, League of Legends, Clash Royale, Hearthstone, PES 2018 dan juga StarCraft 2.