Cari @ Amanz

Sistem operasi iOS 14 telah diberikan kepada peranti-peranti iOS sejak September lalu. Apple telah berkongsi peratusan terkini peranti iOS yang menggunakan versi sistem operasi ini dan penggunaan iOS 14 telah mencecah 72%.

Dengan 72%, iOS 14 memegang peratusan tertinggi diikuti pula oleh iOS 13 dengan 18% dan versi lain pula adalah 10%. Bagi peranti yang dilancarkan sejak empat tahun lalu, 81% telah dikemaskini ke iOS 14.

Apple turut berkongsi peratusan pengguna iPadOS 14 telah mencecah 61% diikuti oleh 21% menggunakan iPadOS 13 dan 18% menggunakan versi lebih lama. Sebanyak 75% iPad yang dilancarkan sejak empat tahun lalu pula telah menggunakan iPadOS 14.

Peratusan penggunaan peranti iOS dan iPadOS pada versi terkini semakin berkurangan tahun demi tahun kerana ada pengguna yang enggan melakukan kemas kini. Sungguhpun begitu ia masih lagi tinggi jika dibandingkan dengan versi terkini Android yang tidak lagi dikongsi secara terbuka oleh Google.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd