Prasarana Perkenal Aplikasi PULSE – Mudahkan Pengguna Rancang Perjalanan Dengan Lebih Baik

Diterbitkan pada Dis 17, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini memperkenalkan aplikasi ‘PULSE’ (Planning Your Lifestyle Efficiently) bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dengan lebih baik. Pengenalan aplikasi ini merupakan sebahagian daripada insiatif Prasarana untuk meningkatkan lagi kemudahan untuk orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di bawah kendalian mereka.

Difahamkan, ia akan mula ditawarkan untuk kawasan Lembah Klang terlebih dahulu. Kemudiannya, bakal dikembangkan ke Penang dan Kuantan sekitar pertengahan tahun hadapan. Untuk peringkat permulaan ini juga, ia boleh diguna pakai di sejumlah perkhidmatan Rapid KL yang meliputi – rangkaian LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Sri Petaling, Laluan Monorel, Bas Rapid Transit – Laluan Sunway, perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL dan juga bas perantara Jom Naik MRT.

Menurut satu kenyataan di Facebook, aplikasi ini menyediakan pelbagai maklumat berguna untuk pengguna. Ia termasukl, status perkhidmatan setiap mod perkhidmatan Prasarana, jangkaan masa ketibaan untuk bas dan tren, kiraan tambang untuk sesuatu perjalanan, notifikasi ‘App Push’ dan carian untuk stesen terdekat.

Aplikasi PULSE dikatakan boleh dimuat-turun daripada Google Play Store bermula minggu hadapan. Seterusnya, ia akan ditawarkan di App Store pula sebelum tahun baru.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami