2020 memperlihatkan penggunaan perisian telesidang yang sangat besar oleh kerana wabak COVID-19 yang memaksa syarikat-syarikat untuk membenarkan pekerja-pekerja mereka bekerja dari rumah untuk mengurangkan penularan wabak tersebut.
Zoom ialah diantara platform telesidang yang cukup popular kerana ia mudah digunakan, dan hadir dengan pelbagai ciri, dan percuma untuk perjumpaan-perjumpaan yang pendek.
Straits Times, sebuah akhbar dari Singapura melaporkan bahawa Zoom akan membukan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan di Singapura tidak lama lagi, dimana mereka akan mengambil beberapa ratus jurutera perisian untuk membangunkan ciri-ciri baru untuk perisian tersebut.
Sebelum ini, Zoom telahpun bertapak di Singapura sejak 2018 dengan pusat data mereka, dimana ia juga akan dikembangkan lagi oleh kerana keperluan orang ramai di rantau ini untuk menggunakan perkhidmatan telesidang mereka.
Menurut seorang jurucakap Zoom, pusat penyelidikan tersebut dijangka akan dibuka di Singapura pada suku ketiga tahun hadapan, harapannya apabila orang ramai boleh kembali bekerja di pejabat masing-masing.