Vivo Mula Mengedarkan Kemaskini Origin OS Versi Beta – Khusus Untuk Pengguna Di China

Diterbitkan pada Dis 17, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Origin OS adalah sistem operasi serba baharu dari Vivo. Ia memfokuskan kepada penggunaan ikon hidup, widget dan interaktif. Tetapi, Vivo turut menawarkan pengalaman penggunaan seakan Android asli melalui Funtouch OS sedia ada.

Terkini, Vivo dilihat telah mula mengedarkan kemaskini Origin OS versi beta kepada beberapa pengguna di China. iQOO 5 Pro, Vivo NEX 3S, Vivo X50, dan Vivo S7 5G adalah pengguna bertuah yang menerima kemaskini ini. Melalui kemaskini ini, kawalam gestur baharu turut diperkenalkan dan ia memfokuskan perubahan visual dan akan memberi pengalaman berbeza berbanding sistem operasi/pelancar dari pengeluar China.

Buat masa ini, masih tiada berita mengenai kemaskini ini untuk pengguna global. Hanya pengguna China sahaja menerima kemaskini ini. Harapnya, Vivo boleh mengikut jejak langkan pengeluar lain untuk memberikan kemaskini lebih pantas dari biasa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami