“Membawang” Atau Bergosip Di Media Sosial Adalah Jenayah Buli Siber – Boleh Denda RM50,000 Atau Penjara Setahun

Diterbitkan pada Dis 17, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

PDRM (Polis Diraja Malaysia) kini mengingatkan melalui media sosial mereka, yang mana “membawang” atau bergosip di media sosial boleh diklasifikasikan sebagai jenayah buli siber.

Ini adalah termasuk tulisan atau kommen berbentuk gosip, peras ugut, atau memalukan seseorang individu lain. Jikalau disabit kesalahan, seseorang boleh didakwa dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (AKM) 1998, iaitu penyebaran kandungan lucah, palsu, mengancam, jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Dibawah akta berkenaan, seseorang boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya sekali jikalau disabit kesalahan.

Pada tahun ini, di Malaysia sahaja, SKMM menyaksikan sebanyak 3772 aduan diterima berhubung jenayah buli siber antara Januari sehingga Oktober lepas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami