Cari @ Amanz

Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL) kini bercadang untuk menekankan dan mengadakan kempen kesedaran untuk membayar cukai dalam kalangan atlet sukan elektronik bermula 2021.

Langkah ini termasuk mengalakkan pemain esukan untuk membayar cukai hasil hadiah kemenangan, sekaligus mengelak atlet daripada dikenakan sekatan perjalanan atau didenda.

Presiden ESKL mengatakan ia dianggarkan sehingga RM100 juta mampu diperoleh kerajaan sekiranya atlet esukan membayar cukai pendapatan.

Ia diperkatakan, pada hari ini terdapat beberapa atlet esukan yang mengeluh, dan ada segelintir yang kes mereka sudah dibawa ke mahkamah atau diisytihar muflis.

Presiden ESKL turut mengatakan terdapat keperluan untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk meneliti semula dasar pembangunan sukan, terutamanya berhubung pengecualian cukai kepada olahragawan dan olahragawati profesional negara. Pada hari ini terdapat sekitar 29 sukan didaftarkan untuk pengecualian, dan Presiden ESKL berharap esukan dapat dipertimbang untuk pengecualian sama.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd