Cari @ Amanz

Pelancaran Samsung Galaxy S21 akan berlaku Januari 2021 ini. Tiga model akan dilancarkan iaitu Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra. Hari ini beberapa imej pengolokan rasmi untuk Galaxy S21 dan S21+ akhirnya tertiris menerusi laman Winfuture.

Seperti video acah dan video pandang pertama peranti tertiris sebelum ini, imej yang tertiris hari ini mengesahkan penggunaan bonggol kamera yang amat ketara menempatkan tri-kamera utama. Perbezaan yang ada hanyalah terletak pada saiz skrin pada waktu ini. Seperti siri Galaxy S20, pada bahagian hadapan terdapat lubang kamera untuk swafoto.

Ketiga-tiga model juga akan dilengkapi skrin yang rata dengan saiz bezel yang nipis. Pelancaran Galaxy S21 dipercayai berlaku lebih pantas tahun ini kerana jualan siri Note20 yang mengecewakan. Tahun ini Galaxy S21 akan dilengkapi cip Snapdragon 888 dan Exynos 2100 dengan markah penanda arasnya juga telah tertiris,

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd