Jabatan Pendaftaran Negara Umum Hari Rabu Sebagai Hari Nirtunai

Jabatan Pendaftaran Negara Umum Hari Rabu Sebagai Hari Nirtunai

Diterbitkan pada Dis 18, 2020 oleh .

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kini berkongsi melalui media sosial, mengatakan JPN kini memilih hari Rabu sebagai hari nirtunai.

Dengan peralihan ini, pelbagai transaksi digalakkan dilakukan menggunakan kad ATM MyDebit atau melalui perbankan internet ketika melakukan transaksi bayaran di Jabatan Pendaftaran Negara Ibu Negeri dan Cawangan UTC pada setiap hari Rabu.

Pengumuman ini dilakukan JPN selari dengan kempen pembayaran nirtunai peringkat Nasional 2020 yang dianjurkan PayNet, dan mmenawarkan sejumlah hadiah kepada para pelanggan. Kempen ini diadakan sehingga April 2021 kelak.

Apa pun, peralihan dan kempen nirtunai ini dijangka akan mengalakkan lagi peralihan ke arena berkenaan – selari dengan gaya hidup digital masa kini.


Paling Popular