Kelengkapan 5G Samsung Mungkin Menggantikan Huawei Di Eropah

Diterbitkan pada Dis 18, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa negara di Eropah telah mula mengharamkan kelengkapan 5G keluaran Huawei atas sebab-sebab keselamatan. Tindakan ini mendatangkan kemarahan Beijing yang merasakan tuduhan yang dilemparkan kepada Huawei adalah tidak berasas. Mengharamkan sahaja tidak menyelesaikan masalah kerana kelengkapan lain perlu dicari untuk menggantikan Huawei.

Menurut laporan Reuters, kekosongan yang ditinggalkan oleh Huawei ini mungkin akan diisi oleh Samsung. Samsung bukanlah nama besar dalam kelengkapan telekomunikasi tetapi teknologi 5G mereka terbukti di Korea Selatan dan telahpun memenangi kontrak $6 bilion dari Verizon. Syarikat Telefonica dari Sepanyol dan Orange di Perancis kini dilaporkan membincangkan untuk turut menggunakan kelengkapan 5G Samsung.

Sebelum ini kelengkapan Samsung tidak langsung diambil kiri kerana risau ia tidak boleh digunakan bersama kelengkapan 4G Huawei yang menjadi tulang belakang rangkaian. Tetapi kini Samsung menyangkal pendapat ini. Selaian di Eropah, Samsung kini menggandakan usaha untuk menjual kelengkapan telekomunikasi mereka ke benua Amerika dan juga Asia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami