Cari @ Amanz

Oppo A53 telah diperkenalkan sebelum ini dengan cip Snapdragon 460 dan ia telah dijual di Malaysia pada harga RM699. Kini dalam diam-diam, Oppo dilihat hadir dengan satu lagi model di bawah siri yang sama menerusi pengenalan Oppo A53 5G. Dapat dilihat, Oppo A53 5G mempunyai perbezaan yang agak ketara untuk sejumlah aspek berbanding versi standard. Ia termasuk, dari segi rekaan dan sejumlah spesifikasi dalaman.

Oppo A53 5G membawakan skrin bersaiz 6.5-inci LTPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula tinggi 90Hz. Paparan ini juga dilihat menggunakan skrin jenis berlubang untuk peletakan kamera hadapan sebesar 8-Megapixel. Seterusnya, ia turut dilengkapi memori sehingga 6GB, storan dalaman 128GB dan perisian yang digunakan pula adalah antaramuka ColorOS 7.2 berasaskan Android 10 terkini.

Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 16-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah bateri sebesar 4,040mAh, pengimbas cap jari pada sisi, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.1 dan banyak lagi. Oppo A53 5G dijual pada harga bermula RMB1,299 (~RM802) dan hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd