Cari @ Amanz

Acara CES 2021 yang akan berlangsung dalam masa beberapa minggu sahaja lagi bakal memperlihatkan jenama-jenama komputer riba memperkenalkan model-model terkini mereka yang akan dikuasakan komponen-komponen terbaru.

Rekaan komputer riba MSI GS76 Stealth telah tertiris melalui VideoCardz, dan ia memperlihatkan rekaan komputer riba berwarna hitam yang mempunyai rekaan yang sangat nipis sekali.

Komputer riba ini hadir dengan paparan bersaiz 17.3 inci, dan walaupun resolusinya tidak diketahui lagi (kebarangkalian besar Full HD), ia telah disahkan bahawa ia akan mempunyai sokongan untuk kadar segar semula 360Hz.

Rekaan serba hitam komputer riba ini, yang disekalikan dengan logo MSI berwarna monokrom jauh lebih minimalis berbanding model GS66 sebelum ini.

Dari segi komponen, ia masih tidak disahkan lagi, tetapi ia dijangka bahawa ia akan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel siri-H generasi ke-10 bersama-sama dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000, dari GeForce RTX 3060 hinggalah ke GeForce RTX 3080.

MSI dijangka akan memperkenalkan komputer riba ini secara rasmi di acara CES 2021 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd