Shopee Kini Membolehkan Anda Membayar Zakat – Menyokong Selangor, Perak, Dan KL

Shopee Kini Membolehkan Anda Membayar Zakat – Menyokong Selangor, Perak, Dan KL

Diterbitkan pada Dis 18, 2020 oleh .

Shopee kini telah menambah kemudahan untuk membayar zakat terus melalui aplikasi mudah-alih mereka, sekaligus memudahkan lagi pengurusan perbelanjaan anda menggunakan hanya satu platform.

Melalui Shopee, ia kini membolehkan anda membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, dan juga Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak.

Menggunakan ciri ini, pengguna boleh melakukan pembayaran zakat untuk beberapa tujuan, termasuk zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat simmpanan, zakat kwsp, zakat emas, zakat harta dan sebagainya.

Bagi anda yang ingin menggunakan ciri ini, anda hanya perlu ke Shopee, pilih Deals > Top-ups & Bills, dan seterusnya pilih Zakat pada bahagian Derma & Pembiayaan. Seterusnya anda boleh memilih badan yang ingin anda bayar, memilih tujuan zakat, dan amaun melaluinya.

Layari : Shopee



Paling Popular