Google Stadia Kini Boleh Diakses Pada Peranti iPhone dan iPad Melalui Pelayar Web

Google Stadia Kini Boleh Diakses Pada Peranti iPhone dan iPad Melalui Pelayar Web

Diterbitkan pada Dis 18, 2020 oleh .

Beberapa minggu yang lalu, Apple telah “melonggarkan” keputusan untuk tidak membenarkan perkhidmatan penstriman permainan seperti Microsoft xPlay dan Google Stadia untuk digunakan pada peranti-peranti mereka.

Walaupun begitu, Google dan Microsoft masih perlu menjalani proses pengesahan untuk setiap permainan yang ditawarkan pada platform-platform tersebut jika kedua-dua syarikat ini mahu memuatkan aplikasi mereka di App Store.

Google hari ini mengumumkan bahawa Google Stadia boleh diakses secara terus menggunakan peranti-peranti Apple hari ini, dengan melog masuk kedalam akaun Stadia mereka menggunakan pelayar web Safari tanpa masalah.

Ini merupakan satu cara untuk tidak perlu melalui proses pengesahan Apple App Store yang dikatakan terlalu ketat dan memakan masa, kerana penggunaan peranti ini hanyalah satu cara untuk mengakses permainan-permainan mereka di platform Stadia tersebut.


Paling Popular