Cari @ Amanz

Facebook merupakan salah satu aplikasi media sosial yang popular digunakan ramai diseluruh dunia. Ia juga menjadi tumpuan penerbit web dalam berkongsi pautan untuk menarik pembaca ke platform mereka.

Tetapi, ada kalanya laman web yang dibuka itu mengambil masa yang terlalu lama untuk dimuatkan. Ada yang kadang-kala menyalahkan pihak Facebook disebabkan perkara berkenaan apabila tidak mengetahui yang mana laman yang dituju adalah di pelayan pihak ketiga.

Untuk tujuan berkenaan, sebelum ini Facebook sedia memperkenalkan Instant Articles. Selain daripadanya, kini Facebook turut menguji paparan notifikasi sekiranya laman yang dituju itu terlalu perlahan untuk dimuatkan.

Dengan paparan notifikasi ini, pengguna boleh memilih untuk terus menantikan laman untuk dimuatkan – atau membatalkan dan kembali ke laman sosial berkenaan.

Buat masa ini, ciri ini masih diperingkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan secara meluas kepada semua.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd