Cari @ Amanz

Banyak platform media sosial kini memberi informasi mengenai Covid-19. Facebook dengan mana-mana siaran mengenai Covid-19 akan ada label, Twitter memberitahu pengguna jika berita itu sahih atau tidak dan Instagram turut memberi notifikasi yang sama.

Sejak vaksin Covid-19 mula didengari, banyak berita-berita karut dan tidak masuk akal mula tular. Bagi menentang isu ini, Instagram kini akan mengarahkan pengguna yang membuat carian mengenai vaksin atau Covid-19 untuk melawati laman-laman web seperti MOH, WHO dan yang berkaitan.

Bukan itu sahaja, Instagram turut menggunakan informasi GPS dengan memaparkan notifikasi mengenai Covid-19 jika pengguna berada di kawasan dengan kes yang tinggi. Dengan melakukan perkara ini, pengguna akan lebih berhati-hati dari menyebar berita dan berita palsu boleh dihentikan daripada dikongsi atau tular. Pengguna patut bertanggungjawab ke atas apa mereka lalukan di media sosial.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd