Realme C15 Dengan Snapdragon 460, 3GB RAM Bakal Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM549

Realme C15 Dengan Snapdragon 460, 3GB RAM Bakal Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM549

Diterbitkan pada Dis 18, 2020 oleh .

Realme Malaysia kini mengumumkan mereka bakal membawa masuk satu lagi variasi Realme C15 untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Model baru ini akan menawarkan memori dan storan yang sedikit rendah – iaitu 3GB RAM dan 64GB storan.

Realme C15 ini kekal menawarkan cip Snapdragon 460, dilengkapi skrin 6.5-inci LCD HD+, dan bateri 6000mAh. Melengkapkannya juga adalah kamera utama 13-megapixel dibelakang, serta kamera swafoto 8-megapixel dihadapan.

Perbezaan harga model ini dengan model 4GB RAM hanya RM50, yang mungkin membuatkan lebih ramai memilih model 4GB RAM. Apa pun, bagi anda yang merancang mendapatkannya, mungkin boleh menandakan kalendar anda pada 22 hingga 24 Disember 2020 ini, dan mendapatkan penawaran model 3GB RAM untuk Realme C15 ini pada harga RM469.

Beli : Realme C15


Paling Popular