Cari @ Amanz

AR Beauty Try-On adalah iklan interaktif realiti terimbuh dari YouTube untuk pengguna mencuba alat solek sebelum ia dibeli. Ketika sedang menonton video solekan di YouTube, anda mungkin akan terserempak dengan ikan yang ada butang “Virtually try on” untuk anda mencuba alat solek. Ia akan berfungsi seakan aplikasi kamera yang penuh dengan penuras.

Terkini, Google Search turut tawarkan perkara yang sama. Google bekerjasama dengan ModiFace dan Perfect Corp untuk memperoleh data yang tepat agar dapat memaparkannya kepada pengguna dengan visual yang cantik dan realistik. Antara jenama yang boleh dicuba adalah L’Oreal, MAC Cosmetics, Black Opal dan Charlotte Tilbury. Di dalam carian Google, fungsi ini akan terpapar pada bahagian “Overview” produk dan akan ada ikon seakan Face Unlock dari Pixel 4 dengan teks Try it on.

Dengan trend orang duduk di rumah, bekerja dari rumah, banyak menghabiskan masa di rumah, ini adalah perkara yangs esuai diperkenalkan. Loreal sebelum ini hadir dengan aplikasi penurah untuk digunakan pada Zoom, Twitch, Skype dan Meet. Bagi yang tidak tahu, Shiseido sudah memperkenalkan konsep ini sejak dua tahun lalu lagi – tetapi ketika itu khusus untuk Skype sahaja.

Menurut Google, musim percutian tekah tiba dan mereka menjangka 73% peratus pengguna akan membeli belah secara atas talian. Menawarkan fungsi ini akan memudahkan lagi pengguna mencuba sesuatu tanpa perlu ke kedai fizikal dan mencubanya. Buat masa ini, ia dilihat terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd