Carian
Celcom, Digi, Maxis, UMobile, TM Dan TIME Akan Tawar WiFi Percuma Di 130 PPR Sehingga April 2021
December 18, 2020 Aman

Kerajaan hari ini telah mengumumkan sejumlah inisiatif dalam membantu golongan B40 untuk terus menikmati kemudahan internet yang baik – terutamanya dalam memudahkan untuk pembelajaran di rumah.

Selari dengannya, kerajaan bersama-sama sejumlah syarikat telekomunikasi telah mengumumkan inisiatif yang membantu memudahkan golongan B40, calon SPM dan juga calon STPM.

Untuknya, enam syarikat telekomunikasi, iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM dan juga TIME akan tawarkan capaian wifi percuma di seluruh kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih di seluruh negara sehingga akhir bulan April 2021 kelak.

Dengan langkah ini, penduduk di 130 PPR terpilih berkenaan akan dapat kekal berhubung, dan mengikuti pengajian secara atas-talian, serta tidak terbeban dengan kos yang perlu ditanggung untuk pembelajaran atas-talian.

Komen