Data 1GB Percuma Akan Dilanjutkan Sehingga Mac 2021

Diterbitkan pada Dis 18, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, kerajaan telah mula menawarkan bantuan data 1GB untuk membantu meringkan kos data yang ditanggung pengguna. Data 1GB ini ditawarkan untuk tujuan pembelajaran dengan akses kepada beberapa aplikasi pembelajaran dan telesidang utama.

Penawaran ini sepatutnya ditamatkan pada 31 Disember 2020, tetapi akan dilanjutkan sehingga program subsidi Jaringan Prihatin dilaksanakan – yang mana dijangkakan sekitar bulan Mac 2021 kelak.

Ia akan dihentikan selepas Jaringan Prihatin dilaksanakan, kerana melalui program berkenaan, golongan B40 akan menerima bantuan kredit telekomunikasi bernilai RM180 seorang dalam menampung kos pembelian pakej telekomunikasi atau peranti pintar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami